Home
Lect_TQQ
aLhUffAz
AlHuFFaZtEaM
alhifzulquran
Selamat Datang...Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...Haiya Lakum LiTa'alim Al-Ulum Alquran..=)
MESTI KLIK

PENSYARAH

+lect_TQQ+


BANIN

+BaNiN tEaM+


+AlHiFzULqUrAn+


+AlhALawATuL ImAN+


BANAT
+HuFfAz tEaM+


+uLyAnuRaLqUrAn+

ISI KANDUNGAN KITAB :



Photobucket



@ DeFinAsI Al-QuRan @


@ PeRbEzAaN aLqUrAn&hAdIth QuDsI & HaDiTh NaBaWi @


@ WaHyu @


@ aYaT mAkki dAn MaDaNi@


@ aYaT-AyAt pErTaMa dAn aYaT-AyAt TeRaKhIR DiTuRuNkAn@


@ pEriNgKaT PeNuRuNaN aLqurAn@



BERKENAAN :



@ RiNgKaSaN uLuM qurAn @


@ ALqUrAn & haDiTH @


@ RuJuKaN LaIn @
KUIN
KALENDAR

PANDUAN AGAMA
Panduan Agama

01. Bacaan Sujud Sahwi
02. Cara Melakukan Sujud Sahwi
03. Permasalahan Mengenai Nasyid dan Hukum
04. 40 Hadith Akhir Zaman
05. Permasalahan Mengenai Nasyid Dan Hukum(Teks)
06. Bagaimana Berwhuduk Tanpa Menanggalkan Kasut(Teks)
MUNAJAT HUFFAZ
Image Hosted by ImageShack.us



Ya ALLAH

Kami tahu bahawa AL-QURAN itu adalah milikMU

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami.....

Dan kami jua tahu ENGKAU berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa yang ENGKAU kehendaki...

ENGKAU bantulah kami dalam menjaga kalam suci-MU...

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya..

Agar kami menjadi penghafaz KALAM suci-MU yang sejati...

... "kita tidak dicela kerana kita tidak sampai kepada tingkatan taqwa yang paling tinggi,..

tetapi kita dicela kerana tidak berusaha sedangkan kita masih berkemampuan.." Ya Allah

tertambat kukuh hanya padaMU

kami mohon redha

atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku

kenikmatan memandang wajahMu

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu

Ampunilah diri kami yang tidak berharga

Ya Allah

Penuhilah kehinaan ini

dengan keindahan maghfirahMu


WAKTU SOLAT
MUNAQASYAH

Free shoutbox @ ShoutMix
LAMAN ULAMA

ISLAMIC WEB

JOM KLIK
iLuvislam.com Top Blog
Ukhwah.com :: Top Blog
GOOGLE
Search :
YAHOO SEARCH
Search :
CARIAN ISLAMIK
Search :
PILIHAN ANDA

TV3 TV9 dekat dihati NTV7 GB | Grand Briliance Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:. ::Parti DAP::.: BARISAN:. ::Parti GERAKAN::UMNO Malaysia
PERBEZAAN AL-QURAN, HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI
Jumaat, 18 Januari 2008
Perbezaan Alquran dengan Hadis Qudsi



Ada beberapa perbezaan antara Alquran dengan hadis qudsi, dan yang terpenting adalah sebagai berikut.

BIL

Al-QURAN


HADIS QUDSI

1

Alquran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz-Nya, dan dengan itu pula orang Arab ditentang, tetapi mereka tidak mampu membuat seperti Al-quran itu, atau sepuluh surah yang serupa itu, bahkan satu surah sekalipun. Tentangan itu tetap berlaku, kerana Al-quran adalah mukjizat yang abadi hingga hari kiamat.

Adapun hadis qudsi adalah kalam Allah tidak untuk menentang dan tidak pula untuk mukjizat.

2

Alquran hanya dinisbahkan kepada Allah, sehingga dikatakan Allah Taala berfirman.

Adapun hadis qudsi, seperti telah dijelaskan di atas, terkadang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah, sehingga nisbah hadis qudsi itu kepada Allah adalah nisbah dibuatkan. Maka dikatakan, Allah telah berfirman atau Allah berfirman. Dan terkadang pula diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi nisbahnya adalah nisbah kabar, kerana Nabi menyampaikan hadis itu dari Allah. Maka, dikatakan Rasulullah s.a.w. mengatakan apa yang diriwayatkan dari Tuhannya.

3

Seluruh isi Alquran dinukil secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak.

Adapun hadis-hadis qudsi kebanyakan adalah khabar ahad, sehingga kepastiannya masih merupakan dugaan. Adakalanya hadis itu sahih, hasan, dan kadang-kadang dhaif.

4

DALIL :

Allah berfirman:



“Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.

DALIL :

Allah berfirman tentang malaikat,

“… padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).

5

Membaca Alquran merupakan ibadah, kerana itu ia dibaca dalam solat.

“Maka, bacalah apa yang mudah bagimu dalam Alquran itu.” (Al-Muzamil: 20).

Nilai ibadah membaca Alquran juga terdapat dalam hadis,

“Barang siapa membaca satu huruf dari Alquran, dia akan memperoleh satu kebaikan. Dan, kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf. Tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” (HR Tirmizi dan Ibnu Mas’ud).

Adapun hadis qudsi tidak disuruh membacanya dalam solat. Allah memberikan pahala membaca hadis qudsi secara umum saja. Maka, membaca hadis qudsi tidak akan memperoleh pahala seperti yang disebutkan dalam hadis mengenai membaca Alquran bahawa pada setiap huruf mendapatkan sepuluh kebaikan.



HADIS NABAWI


Hadis nabawi itu ada dua bahagian:

( Pertama, tauqifi )

Yang bersifat tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang diterima dari pihak lain.

( Kedua, taufiqi )

Yang bersifat taufiqi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut pemahamannya terhadap Alquran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan Alquran atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah secara pasti.

Dari sini, jelaslah bahawa hadis nabawi dengan kedua bahagiannya yang tauqifi atau yang taufiqi dengan ijtihad yang diakui dari wahyu itu bersumber dari wahyu. Inilah makna dari firman Allah tentang Rasul-Nya:

Maksudnya:

“Dia (Muhammad) tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya.” (An-Najm: 3–4).


Perbezaan di antara hadith nabawi dan hadith qudsi :



BIL

HADITH NABAWI

HADITH QUDSI


1

DARI SEGI BAHASA :

Hadits (baru) dalam erti bahasa lawan dari kata qadim (lama). Dan, yang dimaksud hadis ialah setiap kata-kata yang diucapkan dan dinukil serta disampaikan oleh manusia, baik kata-kata itu diperoleh melalui pendengarannya mahupun wahyu; baik dalam keadaan jaga mahupun dalam keadaan tidu

DARI SEGI BAHASA :

Hadis qudsi dinisbahkan kepada kata quds. Nisbah ini mengesankan rasa hormat kerana menunjukkan kebersihan dan kesucian dalam erti bahasa. Maka, kata taqdis bererti menyucikan Allah. Taqdis sama dengan tath-hir, dan taqaddasa sama dengan tathahhara (suci, bersih).


2

DARI SEGI ISTILAH :

Adapun menurut istilah, pengertian hadis ialah apa saja yang disandarkan kepada Nabi saw., baik berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, mahupun sifat.

· Yang berupa perkataan seperti perkataan Nabi s.a.w.

“Sesungguhnya sahnya amal itu disertai dengan niat. Dan, setiap orang bergantung pada niatnya ….”(HR Bukhari).

· Yang berupa perbuatan ialah seperti ajarannya kepada para sahabat mengenai bagaimana cara mengerjakan solat, kemudian ia mengatakan:

“Solatlah seperti kamu melihat aku salat.” (HR Bukhari).

Juga, mengenai bagaimana ia melaksanakan ibadah haji, dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ambillah dariku manasik hajimu.” (HR Muslim).

· Adapun yang berupa persetujuan adalah seperti ia menyetujui suatu perkara yang dilakukan salah seorang sahabat, baik perkataan ataupun perbuatan; di hadapannya ataupun tidak, tetapi beritanya sampai kepadanya, seperti makanan biawak yang dihidangkan kepadanya. Dan, persetujuannya dalam satu riwayat, Rasulullah saw. mengutus orang dalam satu peperangan. Orang itu membaca suatu bacaan dalam solat yang diakhiri dengan:

Setelah pulang, mereka menyampaikan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. berkata:

(سلوه لأى شىء يصنع ذلك؟)

“Tanyakan kepadanya mengapa ia berbuat demikian?” Mereka pun menanyakan, dan orang itu menjawab, “Kalimat itu adalah sifat Allah dan aku senang membacanya.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:

(أخبروه أن الله يحبه)

“Katakan kepadanya bahawa Allah pun menyenangi dia.” (HR Bukhari dan Muslim).

· Yang berupa sifat adalah riwayat seperti bahawa Rasulullah saw. selalu bermuka cerah, berperangai halus dan lembut, tidak keras dan tidak pula kasar, tidak suka berteriak keras, tidak pula berbicara kotor, dan tidak juga suka mencela.

DARI SEGI ISTILAH :

Hadis qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. disandarkan kepada Allah. Maksudnya, Rasulullah saw. meriwayatkannya bahawa itu adalah kalam Allah. Maka, Rasulullah s.a.w. menjadi perawi kalam Allah ini dengan lafaz dari Rasulullah saw. sendiri. Bila seseorang meriwayatkan hadis qudsi, dia meriwayatkannya dari Allah dengan disandarkan kepada Allah dengan mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan mengenai apa yang diriwayatkannya dari Tuhannya,” atau ia mengatakan, “Rasulullah saw. mengatakan, ‘Allah Taala telah berfirman atau berfirman Allah Taala’.”


3

DALIL :



“Hadis (kata-kata) siapakah yang lebih benar selain dari pada Allah?” (An-Nisa: 87).

- Begitu pula yang terjadi pada manusia, di waktu tidurnya juga dinamakan hadis.

“… dan engkau telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil dari hadis-hadis (maksudnya mimpi).” (Yusuf: 101).

DALIL :

Allah berfirman tentang malaikat,

“… padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).


4

Al-hadith an-nabawi iaitu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W samada perkataan, perbuatan atau sifat atau taqrirnya.

Al-hadith al-qudsi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dan disandarkan kepada Allah S.W.T. Hadith ini juga dinamakan al-hadith Ilahi atau Al-hadith ar-rabbani.



Hadis qudsi itu maknanya dari Allah, ia disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui salah satu cara penurunan wahyu, sedang lafaznya dari Rasulullah s.a.w. Inilah pendapat yang kuat. Dinisbahkannya hadis qudsi kepada Allah Taala adalah nisbah mengenai isinya, bukan nisbah mengenai lafaznya. Sebab, seandainya hadis qudsi itu lafaznya juga dari Allah, tidak ada lagi perbezaan antara hadis qudsi dan Alquran, dan tentu pula gaya bahasanya menuntut untuk ditentang, serta membacanya pun akan dianggap ibadah.

Mengenai hal ini timbul dua macam syubhat :

1. Bahawa hadis nabawi juga wahyu secara maknawi yang lafaznya dari Rasulullah s.a.w., tetapi mengapa hadis nabawi tidak kita namakan juga hadis qudsi. Jawabnya adalah, kita merasa pasti tentang hadis qudsi bahawa ia diturunkan maknanya dari Allah kerana adanya nas syara’ yang menisbahkannya kepada Allah, iaitu kata-kata Rasulullah s.a.w. Allah Taala telah berfirman, atau Allah Taala berfirman. Itu sebabnya kita namakan hadis itu hadis qudsi. Hal ini berbeza dengan hadis nabawi, kerana hadis nabawi tidak memuat nas seperti ini. Di samping itu, masing-masing isinya boleh jadi diberitahukan kepada Nabi melalui wahyu, yakni secara tauqifi, namun mungkin juga disimpulkan melalui ijtihad, iaitu secara taufiqi. Oleh sebab itu, kita namakan masing-masing dengan nabawi sebagai terminal nama yang pasti. Seandainya kita mempunyai bukti untuk membezakan mana wahyu tauqifi, tentulah hadis nabawi itu kita namai pula hadis qudsi.


2. Apabila lafaz hadis qudsi itu dari Rasulullah s.a.w., maka dengan alasan apakah hadis itu dinisbahkan kepada Allah melalui kata-kata Nabi: Allah Taala telah berfirman atau Allah Taala berfirman. Jawabnya ialah bahawa hal yang demikian ini biasa terjadi dalam bahasa Arab, yang menisbahkan kalam berdasarkan kandungannya, bukan berdasarkan lafaznya. Misalkan ketika kita mengubah sebait syair menjadi prosa, kita katakan bahawa penyair berkata demikian. Juga ketika kita menceritakan apa yang kita dengar dari seseorang, kita pun mengatakan si Fulan berkata demikian. Begitu juga Alquran menceritakan tentang Musa, Firaun, dan sebagainya, isi kata-kata mereka dengan lafaz yang bukan lafaz mereka dan dengan gaya bahasa yang bukan gaya bahasa mereka, tetapi dinisbahkan kepada mereka.



Maksudnya:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firmannya): ‘Datangilah kaum yang zalim itu, (iaitu) kaum Firaun. Mengapa mereka tidak bertakwa? Berkata Musa: ‘Ya Tuhanku, aku takut bahawa mereka akan mendustakan aku. Dan, (kerana itu) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku, maka utuslah (Jibril) kepada Harun. Dan, aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku.’ Allah berfirman, ‘Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat kami (mukjizat-mukjizat); sesungguhnya kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan), maka datanglah kamu berdua kepada Firaun dan katakanlah olehmu, ‘Sesungguhnya kami adalah rasul Tuhan semesta alam, lepaskanlah Bani Israil (pergi) beserta kami.’ Firaun menjawab, ‘Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu. Dan, kamu telah berbuat sesuatu perbuatan yang kamu lakukan itu dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna.’ Berkata Musa, ‘Aku telah melakukannya sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang khilaf. Lalu, aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul. Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah (disebabkan) kamu telah memperhambakan Bani Israil.’ Firaun bertanya, ‘Siapa Tuhan semesta alam itu?’ Musa menjawab, ‘Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya (itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayainya’.” (As-Syuara: 10–24). Seluruh isi Alquran dinukil secara mutawatir, sehingga kepastiannya mutlak.

posted by ~uLyA FaRhAnA~ @ 7:28 PTG   0 comments
Muqaddimah Ulum Al-Quran
Isnin, 14 Januari 2008



Muqaddimah

  • Sahabat faham Quran melalui bahasa mereka.
  • Jika terdapat masalah mereka bertanya Nabi (Zulm-syirik : Luqman:13)
  • Kadang-kadang Rasul saw jelaskan (Quwwah -ramyu : Anfal:60)
  • Othman & Ibn Masud: belajar 10 ayat dan beramal.


Definisi ilmu

  • Ulum - jamak Ilmu
  • Semua ilmu yang membicarakan perkara berkaitan Al-Quran.
  • Dinamakan juga Usul Tafsir


Kelahiran dan Perkembangan
  • Bermula sejak zaman sahabat tetapi dinaqalkan secara talqin dan tidak terpisah
  • Mula di tadwin pada abad ke 2 bercampur dengan ilmu tafsir
  • Kitab pertama : Ali b. Ibrahim Al-Hufi (330H)- Burhan fi Ulum Quran - 30 jilid.
  • Kemudian : Ibn Jauzi, Zarkasyi, Balqini, Sayuthi dll.


Keistimewaan Al-Quran:
  • Untuk semua manusia
  • Lengkap semua lapangan hidup manusia
  • Tidak mampu ditandingi oleh arab w/p dicabar
  • Janji jaminan pemeliharaan Allah
  • Sesuai untuk semua zaman.
  • Untuk jin dan manusia


Definisi Al-Quran
  • Istilah: Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw yang dikira ibadat membacanya.
  • Nama-nama: Furqan, Al-Kitab, Zikr, Tanzil.
  • Sifat: Nur, Huda, Rahmat, Syifa', Kareem, Mubin, Mau'izah, Mubarak, Busyra, Basyir, nazir, Aziz, majid.
  • Ciri-ciri Quran: Membacanya ibadat, menjadi mu'jizat, qati'iyy dalalah dan mesti dibaca dengan lafaznya.

Wahyu
  • Wahyu: Bahasa- Isyarat samada dengan suara atau dengan anggota (Zakaria)atau tulisan atau perasaan naluri (lebah)atau ilham (Ibu Musa).
  • Istilah: Pengetahuan yang didapati dari dirinya dan diyakini ianya adalah dari Allah samada melalui perantaraan(Jibril) atau tidak.
  • Wahyu turun kepada Nabi dalam 2 bentuk: makna dan lafaz / makna sahaja (hadis qudsi)


Cara penurunan wahyu:
  • Tertulis di Luh Mahfuz --> turun ke langit dunia --> semuanya ke baitul Izzah --> kepada Nabi dalamasa 20 thn.
  • Jibril menerima direct dari Allah dengan lafaznya yang khusus.
  • Wahyu yang tidak melalui perantaraan:
-mimpi yang benar (pra-wahyu terang-terangan) juga terjadi kepada orang salih.

-
dari belakang hijab (Musa, Isra' mi'raj).



Cara Jibril membawa wahyu:

-Bunyi loceng

-Menjelma sebagai manusia

posted by ~uLyA FaRhAnA~ @ 9:28 PTG   4 comments
ALQURAN DAN HADIS
Khamis, 10 Januari 2008

posted by ~uLyA FaRhAnA~ @ 3:48 PTG   0 comments
Rujukan Tambahan Bagi Kitab Ulum Al-Quran




الكتاب الأول


Nama Kitab : Ulum Quran
Nama Pengarang : Muhammad Baqir Hakim
Cetakan Ketiga Tahun 1427H
Bab :-
Tema-Tema Umum Ulul Quran
Pembahasan-Pembahasan Dalam Al-Quran
Tafsir Dan Para Mufassir
Tafsir Mawdhu’i (Tematis)
Terbitan : Al Huda Jakarta



الكتاب الثانى

اسم الكتاب : القواعد الأساسية في علوم القرآن
اسم المؤلف : السيد محمد بن علوي المالكي الحسني
المصدر : الطبعة الثانية 1424 ههه


الكتاب الثالث

أسم الكتاب : فنون الافنان في عيون علوم ألقرأن
تأليف : أبي الفرج جمال الدين عبد الرحمن بن علي بن محمد
ابي الجوزي
المتوفى سنة 597 ههههه
المجلد : دار الكتب العلمية, بيروت لبنان
فهرس المرضوعات
1. باب ذكر نبذة من فضائل القرأن
2. باب أن القرأن غير مخلوق
3. باب نزول القرأن على سبعة أحرف
4. باب فى كتابة المصحف وهجائه
5. باب عدد سور القران واياته وكلماته وحروفه ونقطه
6. باب ذكر أجزاء القرأن
7. باب عدد أيات السور
8. باب ذكر القرأن في السور
9. باب بيان السور المكية والمدنية
10. باب ذكر الغات في القرأن
11. باب في أدب الوقف والأبتداء
12. باب في الياءت المحذوفات
13. باب من مشكل ما في القرأن منه حرف واحد
14. باب من المتشابة
15. باب ابدال كلمة بكلمة أو حرف بحرف من المتشابة
16. باب الحروف الزوائد والنواقص من المتشابة
17. باب فيه مسائل يعياي بها في المتشابهباب ذكر الأوصاف التي شاركت أمتنا فيها الأنبيأ عليهم الس
لام
posted by ~uLyA FaRhAnA~ @ 1:26 PTG   0 comments
CINTA HAKIKI
Photobucket
SETULUS DOA
Image Hosted by ImageShack.us



Ya Allah

dimana lagikah

dapat kami temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah

hati kami ini harus berlabuh..

kecuali pada kasihMu..

Jadikanlah hati yg lemah ini

Ya Allah

tertambat kukuh hanya padaMU

kami mohon redha

atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku

kenikmatan memandang wajahMu

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu

Ampunilah diri kami yang tidak berharga

Ya Allah

Penuhilah kehinaan ini

dengan keindahan maghfirahMu


:: [ AL-QURAN ONLINE ] ::
MAKLUMAT KUMPULAN


ULYANURALQURAN

Photobucket


PENSYARAH :

LeCt_TQQ

MADAH :

Ulum Al-Quran

KITAB :

Photobucket


KETUA :

Syahrul Haninah


AHLI KUMPULAN :

Ma'azatu Adawieyah Bt Jainudin

Hanisah Bt Abd Halim

Abidah Bt Zakaria

Nasriah Bt Nasruddin


BLOG'S ADMIN :

Hajar Binti Ahmad Bustaman


KULIYYAH :

Semester 6 sesi 2007/2008
Kuliyyah Al-Quran Wal Qiraat
Kolej Universiti Insaniah



Email

MUNAJAT PEJUANG
Free Image Hosting at www.ImageShack.us





..:: MUNAJAT PEJUANG ::..

Doa bagi mereka yang senantiasa difitnah dan diganggu sepanjang perjalanan dakwah dan doa memperoleh kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t.. Selepas doa ini, elok disambung dengan doa rabitah.

..:: TERJEMAHAN MUNAJAT PEJUANG ::.

Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu. Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu. Ya... Allah Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.

Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka. Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.

Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya, sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad. Sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami. Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.

Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan. KepadaMulah tempat kami bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu...

Amiin...



Disediakan Oleh; al-Faqir ilaLlah, Ust. Ibrahim Masran al-Banjari Pengarah Pusat Bina Syakhsiyah (PEMBINA) Merangkap Timb. Pengerusi Lujnah Tarbiyyah & Latihan Kepemimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

.
ARKIB
KENALAN
AkHoWaT


+Cik AmRaTuL HajAR+

+Cik AiN sYaFiNaH+

+Cik sYaHiRaH+

+Cik KaKaK baIyAh+

+Cik iLhAm nABiLa+

+AsYatIbIyAh+

+izatgroup+


IkHwAh


+tahfizqiraat+

+SyAHumaira+

+BaNiN 1+

+BaNiN 2+

+InCiK PaaN+
RENUNGAN BERSAMA

Photobucket

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

HENTIAN MUTIARA
<
.
NASYID
Singig Box   TahfizQiraat

Copy Right ©
SENSITIVITI MUSLIM
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

.
BILANGAN PENGUNJUNG
Free Counter
Free Counter
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Powered By Mahbubi_ulya
© 2005. Hak Cipta Terpelihara. by Ulyanurquran Template by Isnaini Dot Com