Home
Lect_TQQ
aLhUffAz
AlHuFFaZtEaM
alhifzulquran
Selamat Datang...Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...Haiya Lakum LiTa'alim Al-Ulum Alquran..=)
MESTI KLIK

PENSYARAH

+lect_TQQ+


BANIN

+BaNiN tEaM+


+AlHiFzULqUrAn+


+AlhALawATuL ImAN+


BANAT
+HuFfAz tEaM+


+uLyAnuRaLqUrAn+

ISI KANDUNGAN KITAB :



Photobucket



@ DeFinAsI Al-QuRan @


@ PeRbEzAaN aLqUrAn&hAdIth QuDsI & HaDiTh NaBaWi @


@ WaHyu @


@ aYaT mAkki dAn MaDaNi@


@ aYaT-AyAt pErTaMa dAn aYaT-AyAt TeRaKhIR DiTuRuNkAn@


@ pEriNgKaT PeNuRuNaN aLqurAn@



BERKENAAN :



@ RiNgKaSaN uLuM qurAn @


@ ALqUrAn & haDiTH @


@ RuJuKaN LaIn @
KUIN
KALENDAR

PANDUAN AGAMA
Panduan Agama

01. Bacaan Sujud Sahwi
02. Cara Melakukan Sujud Sahwi
03. Permasalahan Mengenai Nasyid dan Hukum
04. 40 Hadith Akhir Zaman
05. Permasalahan Mengenai Nasyid Dan Hukum(Teks)
06. Bagaimana Berwhuduk Tanpa Menanggalkan Kasut(Teks)
MUNAJAT HUFFAZ
Image Hosted by ImageShack.us



Ya ALLAH

Kami tahu bahawa AL-QURAN itu adalah milikMU

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami.....

Dan kami jua tahu ENGKAU berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa yang ENGKAU kehendaki...

ENGKAU bantulah kami dalam menjaga kalam suci-MU...

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya..

Agar kami menjadi penghafaz KALAM suci-MU yang sejati...

... "kita tidak dicela kerana kita tidak sampai kepada tingkatan taqwa yang paling tinggi,..

tetapi kita dicela kerana tidak berusaha sedangkan kita masih berkemampuan.." Ya Allah

tertambat kukuh hanya padaMU

kami mohon redha

atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku

kenikmatan memandang wajahMu

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu

Ampunilah diri kami yang tidak berharga

Ya Allah

Penuhilah kehinaan ini

dengan keindahan maghfirahMu


WAKTU SOLAT
MUNAQASYAH

Free shoutbox @ ShoutMix
LAMAN ULAMA

ISLAMIC WEB

JOM KLIK
iLuvislam.com Top Blog
Ukhwah.com :: Top Blog
GOOGLE
Search :
YAHOO SEARCH
Search :
CARIAN ISLAMIK
Search :
PILIHAN ANDA

TV3 TV9 dekat dihati NTV7 GB | Grand Briliance Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:. ::Parti DAP::.: BARISAN:. ::Parti GERAKAN::UMNO Malaysia
AYAT PERTAMA DAN AYAT YANG TERAKHIR DITURUNKAN
Ahad, 16 Mac 2008


Bahagian ini membahaskan tentang ayat pertama yang diturunkan serta ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w serta pendapat ulama dan hujah mereka. Untuk itu, bahagian ini dibahagikan kepada dua bahagian:

  1. Ayat Pertama Diturunkan
  2. Ayat Terakhirkan Diturunkan

Ayat Pertama Diturunkan

Ulama berselisih pendapat tentang ayat pertama atau ayat yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. manna’ al-Qattan di dalam kitabnya (مباحث فى علوم القرآن), telah menyatakan terdapat empat pendapat ulama tentang ayat pertama yang diturunkan. Pendapat ulama adalah sebagaimana:

Ø Pendapat pertama: ayat yang mula-mula diturunkan ialah ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq. Ayat tersebut ialah sebagaimana firman Allah:

ù z

ù

Terjemahan: 1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, 5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Pendapat pertama ini dengan berdasarkan hadis:

i. Berpandukan hadis daripada Aisyah yang telah diriwayatkan oleh

Bukhari dan Muslim:

أول ما بدئ به رسول الله صلى الله عليه وسلم من الوي الرؤيا الصادقة في النوم, فكان لا يرى رؤيا إلا جاءت مثل فلق الصبح. ثم حبب اليه الخلاء. فكان لايأتى حراء فيتحنث فيه الليالى ذوات العدد ويتزود لذالك. ثم يرجع الى خديجة رضى الله عنها. فتزوده لمثلها. حتى فأجأه الحق وهو فى غار حراء. فجأه الملك فيه فقال: إقرأ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت : ما انا بقارئ. فأخذاني ففطنى حتى بلغ منى الجهد، ثم أرسلني فقال: إقرأ, فقلت : ما أنا بقارئ. ففطنى الثانية حتى بلغ منى الجهاد. ثم ارسلنى , فقال: أقرأ، فقلت ما أنا بقرئ. ففطنى الثالثة حتى بلغ منى الجهد ثم الرسلنى , فقال :

Terjemahannya: permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w ialah mimpi yang benar dalam tidur. Setiap kali bermimpi Baginda melihat ada yang datang bagaikan cahaya yang terang di pagi hari. Kemudian baginda gemar mengasingkan diri. Ia pergi ke Gua Hira’ bertahannuth beberapa malam, dengan membawa bekalan. Kemudian ia kembali ke rumah Khadijah dan Khadijah pun membekalkan makanan seperti biasa. Sehingga akhirnya datanglah kebenaran kepadanya ketika ia berada di Gua Hira’ itu. Jibril dating kepadanya dan berkata: Bacalah, Rasulullah menjawab kepadanya: Aku tidak pandai membaca. “ lalu Jibtil merangkul dan memelukku sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya: bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali keduanya, sehingga aku merasa kepayahan, kemudian ia melepaskan aku, lalu katanya: bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali ketiganya sehingga aku merasa kepayahan. kemudian ia melepaskan aku, lalu katanya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekelian makhluk)….apa yang diketahuinya.

ii Hadis yang diriwayat oleh al-Baihaqi al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak

hadis daripada Aisyah katanya yang bermaksud: permulaan ayat yang diturunkan ialah surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5

Pendapat pertama ini merupakan pendapat yang rajih. Pendapat ini juga disokong

Oleh al-Zarkasyi sebagaimana yang dinyatakan dalam kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran, dimana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah di atas jelas memberi penegasan tentang penurunan yang pertama secara mutlak.

Ø Pendapat Kedua: pendapat kedua pula mengatakan yang pertama diturunkan diturunkan ialah permulaan surah al- muddaththir. Iaitu(يآءيها المدثر) Wahai orang yang berselimut. Pendapat ini berdasarkan hadis sebagaimana berikut:

i. Hadis daripada Abu Salamah Ibn Abd Al-Rahman yang

meriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana Abu Salamah berkata yang bermaksud : saya pernah bertanya kepada jabir bin Abdullah, manakah ayat al-Quran yang sebelumnya? Beliau menjawab : (يآءيها المدثر) wahai orang yang berselimut.saya bertanya lagi: ataukah

bacalah dengan nama Tuhanmu ? Beliau menjawab : Saya memberitahu kamu apa yang telah Rasulullah beritahu kepada kami. Sebagaimana sabda baginda:

إني جاورت بحراء , فلما قضيت بجوارى نزلت فاستبطنت الوادى.فنظرت أمامي وخلفى وعن يمينى وشمالى , ثم نظرت الى السماء فإذا هو يعنى جبريل فأخذتنى رجفة , فأتيت خديجة , فأمرتهم فدثروني فأنزل الله (يآءيها المدثر)

Terjemahan: "sesungguhnya aku mengasingkan diri di Gua Hira'. Setelah menyelesaikan masa pengasinganku itu, aku turun dan menyusuri ke lembah. Aku memandang ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan kiri.kemudian aku memandang kea rah langit, tiba-tiba aku melihat Jibril sehingga merasa gementar dan amat menakutkan aku. Lalu aku pulang menemui Khadijah dan aku menyuruh mereka supaya menyelimutku, lalu aku diselimuti. Maka Allah menurunkan ayat(يآءيها المدثر) Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada manusia).

ii Hadis lain daripada Abu Salamah daripada Jabir yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

" Aku mendengar Rasulullah ketika ketika baginda berebicara tentang

terputusnya wahyu. Kata baginda dalam bicara tersebut: ' ketika aku berjalan, aku mendengar suara dari langit. Lalu aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat malaikat yang pernah dating kepadaku sewaktu di Gua Hira' berada di atas karusi di antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: selimutlah daku, maka mereka menyelimuti aku. Maka Allah menurunkan: wahai orang yang berselimut (يآءيها المدثر) "

iii Hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir yang mana sanadnya daripada Yahya, yang berkata, " Permulaan surahal-Quran yang diturunkan ialah surah al-Muddathir".

Bekaitan dengan ketiga-tiga hadis tersebut di atas yang dijadikan hujah oleh pendapat kedua, bahawa yang pertama diturunkan ialah (يآءيها المدثر) wahai orang yang berselimut. Ulama pendapat pertama telah menyangkalnya dengan membawa hujah dan alas an mereka:

Pertama : Mengenai hadis daripada Abu Salamah daripada Jabir tersebut di atas, dapat di jelaskan di sini yang mana pertanyaan Abu Salamah yang di jawab oleh Jabir tersebut menjelaskan tentang penurunan surah pertama secara sepenuhnya. Untuk itu, Jabir menjelaskannya bahawa surah al-Muddathir yang telah diturunkan secara penuh. Pendapat ini dijelaskan oleh Zarkasyi dalam kitabnya al-BurhanFi Ulum al-Quran, di mana hadis daripada Jabir tersebut menegaskan tentang mula-mula penurunan wahyu selepas terputusnya wahyu, iaitu selepas surah al-'Alaq.

Ø Pendapat Kedua : Hal itu juga diperhatikan berdasar hadis ketiga di atas yang diriwayatkan oleh Jabir yang mana beliau mengatakan nabi pernahbercakap tentang putusnya wahyu. Hal ini menunjukkan bahawa sebelumnya telah ada wahyu lain yang diturunkan, maka tentulah surah al-'Alaq yang pertama diturunkan. Hadis itu juga jelas menunujukkan peristiwa tersebut berlaku selepas peristiwa di Gua Hira'. Ia menunjukkan bahawa surah al-Muddathir merupakan surah pertama yang diturunkan secara lengkap dan yang pertama diturunkan selepas terputusnya wahyu atau selepas surah al-'Alaq atau Iqra'.

Ulasan dan rumusan : sebenarnya hadis-hadis tersebut bukanlah menunujuk penurunan yang pertama, tetapi ia menjelaskan berkaitan turunya surah secara lengkap. Juteru itu, memanglah surah al-Muddathir yang diturunkan secara lengkap. Sedangkan surah al-'Alaq adalah yang pertama diturunkan secara mutlak, namun ia diturunkan permulaannya saja, iaitu tidak lengkap.

Perselisihan ulama di atas tentang yang pertama diturunkan mungkin perselisihan dari segi maksud. Justeru itu setengah ahli tafsir mengatakan surah al-'Alaq adalah yang pertama diturunkan mengenai pelantikan kenabian, manakala surah al-Muddathir itu adalah yang pertama diturunkan mengenai perintah berdakwah atau menyebar dan memberi peringatan keada manusia.

Ø Pendapat ketiga : Pendapat ketiga mengatakan yang pertama diturunkan ialah surah al-Fatihah.

Berkaitan dengan pendapat ketiga ini juga, ulama pendapat pertama membuat ulasan di mana ia di maksudkan juga, dan bukan yang pertama diturunkan secara mutlak. Antara lain juga, hadis yang dijadikan hujah oleh pendapat ketiga tersebut adalah hadis mursal.

Ø Pendapat keempat: Pendapat ini mengatakan ayat yang pertama diturunkan

Ialah بسم الله الر حمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Pendapat ini berdasarkan hadis.

i Hadis dari al-Wahidi yang mana sanadnya dari Ikrimah dan al-Hasan, di mana kedua-duanya telah berkata yang bermaksud : " permulaan daripada ayat al-Quran yang diturunkan ialah بسم الله الرحمن الحيم Dengan nama Allah, dan permulaan surah yang diturunkan ialah اقرأ بسم ربك الذى خلق

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

ii Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Jarir sanadnya daripada al-Dahhak daripada Ibn Abbas yang beliau berkata dengan maksudnya: permulaan yang diturunkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad ialah Jibril berkata : Hai Muhammad, berlindunglah kepada Allah dan katakanlah: بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Imam al-Sayuti berpendapat di mana hujah dan pendapat keempat itu tidak

boleh dijadikan hujah kukuh untuk menunjukkan ayat dan surah pertama yang diturunkan, kerana بسم الله Dengan nama Allah sememangnya sudah secara mutlak, bukan ia menunjukkan surah atau ayat pertama diturunkan dalam konteks ini. Antara lain juga, ulama mengatakan hadis tersebut yang dijadikan hujah adalah hadis mursal.

ULASAN PENDAPAT ULAMA

Berdasarkan pendapat yang berbeza tersebut, ulama membuat rumusan dan untuk mengimbangi semua pendapat tersebut, tentang yang dipersilihkan pertama diturunkan sebagai berikut:

1) Surah al-'Alaq merupakan surah yang pertama diturunkan dan ia berikutan dengan skop berikut:

a. Beberapa ayat permulaannya adalah yang pertama diturunkan.

b. Ia merupakan penurunan pertama berkaitan kenabian.

c. Ia diturunkan tanpa seseatu sebab yang mendahuluinya.

2) Surah al-Mudathir dikatakan surah pertama diturunkan yang berkaitan dengan skop berikut:

a. Surah al-Mudathir surah pertama diturunkan setelah putus wahyu atau fatrah al-wahyu.

b. Ia merupakan surah pertama berkaitan kerasulan dan suruhan menyebarkan atau menyampaikan dakwah.

c. Penurunannya kerana sesuatu sebab yang mendahuluinya.

3) Surah al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dalam bentuk yang lengkap.

4) بسم الله Dengan nama Allah merupakan ayat pertama dan yang pertama perlu diturunkan sebelum sesuatu surah diturunkan.

Ayat Terakhir Diturunkan

Tentang ayat terakhir yang diturunkan ada berbagai pendapat ulama tentangnya. Menurut pendapat Imam al-Sayuti ada enam pendapat ada enam pendapat ulama tentang ayat terakhir diturunkan, pendapat ulama tersebut sebagaimana berikut:

a) Pendapat Pertama : ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah:

(

Terjemahan : Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Surah Baqarah:281

Pendapat pertama ini dengan berdasarkan hujah, iaitu:

i. Hadis daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas yang telah diriwayatkan oleh al-Nasai' katakanya yang bermaksud : ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 Surah al-Baqarah.

ii. Hadis daripada Sa'id Ibn Jubair yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim katanya yang dimaksudkan : ayat al-Quran yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 Surah al-Baqarah.

Inilah pendapat yang paling rajih yang dipilih oleh ulama yang diketuai oleh Imam al-Sayuti sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas yang ditakhrijkan oleh al-Nasai'. Iaitu selepas penurunan ayat tersebut, nabi hanya sempat hidup selama 9 malam sahaja dan wafat pada malam Isnin 3 Rabiul Awal 10 Hijrah.

b) Pendapat kedua: Pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah:

Terjemahan: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

Pendapat kedua ini adalah pendapat yang tidak tepat. Kerana ia diturunkan semasa nabi melakukan Haji Wida'. Iaitu baginda berada di Arafah. peristiwa tersebut berlaku pada 29 Zulhijjah tahun 10 Hijrah bersamaan bulan mac 632M. kerana nabi hidup selama 81 hari selepas penurunan wahyu tersebut. Manakala 9 malam sebelum kewafatan Baginda telah turun surah al-Baqarah ayat 281.

c) Pendapat Ketiga: pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah:

Terjemahan: 278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.

(Surah al-Baqarah:278)

Pendapat ketiga ini dikatakan ayat terakhir dengan berdasarkan hujah, iaitu:

i. Sebagaimana hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-

Bukhari, di mana Ibn Abbas berkata yang bermaksud : ayat terakhir diturunkan ialah ayat riba. Ayat yang dimaksudkan itu ialah firman Allah:

Terjemahan: 278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.

(Surah al-Baqarah:278)

ii. Hadis daripada Umar yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah, beliau berkata yang bermaksud : Di antara yang terakhir diturunkan ialah ayat riba. Ayat yang dimaksudkan ialah ayat 278 Surah al-Baqarah.

iii. Hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri yang diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih, beliau berkata yang bermaksud : Umar ada berbicara kepada kami dengan berkata : "Sesungguhnya di antara ayat al-Quran yang terakhir diturunkan ialah ayat riba". Iaitu ayat 278 Surah al-Baqarah.

d) Pendapat Keempat: Pendapat keempat mengatakan ayat yang terakhir diturunkan ialah Surah al-Baqarah ayat 282, sebagaimana firman Allah:

Terjemahan :282. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.

(Surah al-Baqarah:278)

Pendapat keempat ini dengan berdasarkan dalil dan hujah, iaitu:

i. Hadis riwayat daripada Ibn. Jarir daripada Ibn. Syihab daripada Sa'id Ibn. Musayyab katanya yang bermaksud : sesungguhnya telah sampai kepadanya berita bahawa ayat al-Quran yang terakhir diturunkan dari 'Arasy ialah ayat al-Dain (Hutang Piutang)

menurut penadapat Imam Sayuti, apabila diteliti dan dikaji berkaitan dengan

pendapat ketiga dan keempat tersebut ayat yang mereka katakan terakhir diturunkan itu sebsnarnya tidak ada percanggahan dan tiada bertentangan. Hal tersebut kerana semua ayat tersebut walaupun berlainan ayat, namun kedua-duanya diturunkan secara berturut-turut dengan tertib ayat dan ia juga tersusun di dalam satu cerita.

e) Pendapat Kelima : Pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 176 Surah An-Nisa', Sebagaimana Firman Allah:

y
4

Terjemahan :176. Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu,

(Surah An-Nisa': 176)

Pendapat ini dengan berdasarkan riwayat daripada Bukhari dan Muslim daripada al-Barra' Ibn. Azib yang berkata bermaksud : Ayat terakhir diturunkan iaitu ayat 176 Surah An-Nisa'

f) Pendapat Keenam : Penadapat ini pula mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 128 dan 129 surah al-Taubah. Iaitu firman Allah:

Terjemahan :128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

Pendapat ini dengan berdasarkan hujah dan dalil, iaitu:

i. Hadis riwayat oleh al-Hakim daripada Ubai Ibn. Ka'ab katanya yang bermaksud : ayat terakhir diturunkan ialah : Sesungguhnya telah dating kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri… hingga akhir. Ia merupakan ayat yang terakhir diturunkan. Ia terletak dalam Surah al-Baqarah atau al-Taubah.

ii. Hadis riwayat oleh Imam Ahmad daripada Ubai Ibn. Ka'ab katanya bermaksud : Sesungguhnya Rasulullah membacakan dua ayat ini :

ô‰s)s9 ) hingga akhir adalah ayat terakhir diturunkan. Ia öNà2uä!%y` Ñ^qߙu‘ )

terletak dalam Surah al-Baqarah atau al-Taubah.

RUMUSAN PENDAPAT ULAMA

Daripada keenam-enam pendapat tersebut ulama membuat kesimpulan dan rumusan berikut:

a) Kesemua riwayat berikut adalah bersumber dan berasal daripada sahabat dan ia adalah hadis mauquf dan tidak ada satu pun hadis yang marfu' atau sampai kepada nabi.

b) Rasulullah sendiri tidak pernah memberitahu sesiapa daripada kalangan sahabatnya tentang ayat manakah yang terakhir diturunkan.

c) Nabi melarang keras sahabat menulis al-Quran semasa hayat baginda, terutama ketika al-Quran masih diturunkan. Hal ini menyebabkan sahabat hanya menghafaz hadis-hadis yang diterima daripada nabi tanpa menulisnya. Justeru itulah, terdapat kekeliruan dalam meiwayatkan hadis tersebut, khasnya berkaitan ayat terakhir diturunkan.

posted by ~uLyA FaRhAnA~ @ 12:44 PTG   0 comments
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Isnin, 3 Mac 2008

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN


Para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai peringkat penurunan Al-Quran. Ada yang berpendapat bahawa Al-Quran diturunkan dalam dua peringkat dan ada yang berpendapat dengan tiga peringkat. Namun di sini bahawa Al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:

Peringkat Pertama:

Penurunan Al-Quran dari Allah s.w.t. ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah s.w.t. untuk semua makhluk-NYA. Ini terbukti dengan firman Allah s.w.t.

Maksudnya:

“(Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya; (lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.” (Surah al-Buruj: 21-22)

Penurunan Al-Quran peringkat pertama ini adalah kemuliaan bagi Al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut merupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah s.w.t. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perancangan yang wujud di alam ini dan Al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah s.w.t. ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.

Peringkat Kedua:

Peringkat penurunan ini ialah penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah s.w.t.;

!

Maksudnya:

“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr: 1)

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. dalam ayat yang berikut;

!

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (Surah Ad-Dukhan: 3)

Dalam firman Allah s.w.t. yang lain di dalam ayat yang berikut;

ãö
4

Maksudnya:

“Bulan (Puasa) yang diturunkan di dalamnya Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil.” (Surah al-Baqarah: 185)

Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat dilihat dari hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang berikut:


Maknanya:

‘Diturunkan Al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekali gus pada malam Lailatul Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua puluh tahun.’

Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat mengatakan bahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat. antaranya:

  1. Diturunkan Al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam Lailatul Qadar.

  1. Diturunkan Al-Quran buat kali pertama pada malam Lailatul Qadar dan seterusnya secara berperingkat-peringkat.

  1. Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s. dalam jangka masa 24 malam.

Peringkat Ketiga:

Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama 22, 23, 24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah s.w.t. dalam ayat yang berikut;


Maksudnya:

“Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” (Surah al-Isra’: 106)

Firman Allah s.w.t. lagi dalam Al-Quran;


t

Maksudnya:

“Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. Ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).” (Surah asy-Syu’ara’: 193-194)

Begitu juga firman Allah s.w.t. dalam ayat yang berikut;

4

Maksudnya:

“Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” (Surah an-Nahl: 89)

Turunnya Al-Quran memanglah terbukti menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah masyarakat Jahiliah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi sekalian alam.

HIKMAT DITURUNKAN AL-QURAN SECARA PERINGKAT-PERINGKAT

Sesungghunya terdapat banyak hikmat mengapa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran secara berperingkat-peringkat:

  1. Peringkat-peringkat tersebut dapat membezakan Kitab Al-Quran dengan Kitab-Kitab Allah s.w.t. yang terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus.

  1. Peringkat-peringkat tersebut dapat mengagungkan Kitab Al-Quran sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu kedatangannya disebarkan kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.

  1. Peringkat-peringat tersebut sesungghunya bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk penghuni semua penjuru alam bahawa Al-Quran sebagai Kitab yang terakhir itu adalah dari Allah s.w.t. dan bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. dan sebaginya.

  1. Penurunan secara demikian sesungghunya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.sebagi penyudah dan Penghulu segala Nabi.

BUKTI AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Peringkat ketiga iaitu dari Baitul Izzah ke dada Nabi Muhammad s.a.w. adalah secara berperingkat-peringkat. beberapa bukti dapat dinyatakan untuk membuktikan bahawa al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. dalam beberapa surah yang berikut iaitu:

  1. Surah Al-Isra’ ayat 106;

Maksudnya:

“Dan AlQuran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”

  1. Surah Al-Furqan ayat 32;

Maksudnya:

“Dan orang-orang Yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan Dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu Dengan teratur satu persatu.”

Al-Quran hanya selesai beberapa ketika sebelum kewafatan baginda dalam dua masa yang berbeza iaitu sebelum hijrah dan sesudah hijrah. Ini membuktikan bahawa Al-Quran turun secara beransur-ansur hinggalah ke akhir hayat Rasulullah s.a.w.

Al-Quran diturunkan beransur-ansur kerana ia diturukan mengikut sesuatu sebab atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan umat Islam. Kebanyakan peristiwa yang berlaku sepanjang penurunan Al-Quran di Makkah dan di Madinah adalah berkaitan dengan penjelasan bagi masalah yang berkaitan dengan ibadat, sosiol, kenegaraan dan sebaginya.

Penurunan Al-Quran juga adalah bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh umat Islam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh yang demikian sudah pasinya Al-Quran turun secara beransur-ansur kerana banyak persoalan dikemukakan dalam berbagai masa dan tempat serta dalam berbagai-bagai persoalan.

HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Al-Quran telah diturunkan melalui tiga peringkat seperti yang telah dibincangkan diterangkan. Cara demikian adalah disebabkan beberapa tujuan yang telah juga diterangkan.

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ mengenai tempoh penurunan Al-Quran tersebut. Ada yang mengatakan 20, 23 dan ada juga yang mengatakan 25 tahun. Secara umumnya punca perselisihan adalah dalam menentukan berapa lamakah Nabi Muhammad s.a.w. berada di Makkah selepas menerima wahyu sebelum baginda berhijrah ke Madinah sedangkan tempoh di Madinah jelas dan disepakati oleh ulama’ selama 10 tahun genap.

Mengenai tempoh penurunan di Makkah ada ulama’ yang mengatakan selama 10 tahun, ada yang mengatakan 13 tahun dan ada yang mengatakan 15 tahun. Ulama’ Muhaqqiqin telah menyatakan bahawa lama baginda berada di Makkah ialah selama 12 tahun 5 bulan 3 hari iaitu dari 17 Ramadhan (41 tahun hingga awal bulan Rabiul Awal 54 tahun selepas diputerakan). Sementara itu lama baginda berada di Madinah selepas hijrah ialah 9 tahun 9 bulan 9 hari iaitu dari awal bulan Rabiul Awal tahun 54 hinggalah 9 Dzulhijjah 63 tahun selepas keputeraan baginda.

Peringkat penurunan ketiga dari Baitul Izzah ke dalam dada Nabi Muhammad s.a.w. adalah secara beransur-ansur kerana beberapa hikmat yang besar kepada Nabi Muhammad s.a.w., kepada umat Islam dan juga kepada agama Islam itu sendiri.

HIKMAT KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Iaitu untuk menetapkan kejiwaan Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hati baginda dalam berbagai-bagai cabaran serta dugaan sepanjang tugas seruannya itu.

Dalam hikmat ini dapatlah dilihat dan dibuktikan dengan kenyataan-kenyataan dan keadaan-keadaan seperti:-

  1. Kejiwaan hati baginda semakin kuat dan kukuh sebaik sahaja Malaikat Jibril menemuinya. Setiap kali datangnya Jibril baginda akan merasa pasti dating sesuatu yang baru yang membantu menyelesaikan masalah seruannya.
  2. Penurunan secara beransur itu sudah pasti memudahkan baginda untuk menghafaz, memahami setiap wahyu dan menghayati hikmatnya. Ini sudah tentu memudahkan baginda menerangkan kepada umatnya.

  1. Setiap kali penurunan wahyu maka ia menjadi cabaran kepada orang kafir untuk menandinginya. Kegagalan dan kelemahan mereka sudah pasti menambah keyakinan masyarakat kepada kebenaran kerasulan baginda dan menambahkan lagi pengikutnya.

  1. Kegagalan orang kafir membuktikan dakwaan mereka bahawa baginda sebagai tukang sihir, penyair dan sebagainya membawa kepada keseronokan dan perangsang yang semakin tinggi di jiwa baginda untuk meneruskan tugasnya.

  1. Penurunan yang sedemikian rupa memberi kefahaman di hati baginda bahawa Allah s.w.t. sentiasa mengambil berat kepadanya dengan menunjuk dan menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh baginda setiap masa.

Maksudnya: “Maka Jangan-jangan pula Engkau (Wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.”

HIKMAT KEPADA UMAT ISLAM

  1. Umat Arab yang baru menganut agama Islam akan merasa mudah apabila wahyu yang diturunkan itu sedikit-sedikit kerana memberi peluang kepada mereka untuk menghafaz dan memahaminya dengan lebih sempurna

  1. Penurunan yang beransur-ansur akan melatih umat Arab yang asalnya hidup dalam akhlak yang buruk agar beransur-ansur dapat meninggalkan perangai tersebut dan menggantikannya dengan adab dan akhlak yang baik.

  1. Wahyu yang beransur-ansur yang disertai dengan hikmat dan sebab-sebab turunnya itu akan menjadi senjata yang kukuh bagi umat Islam. Cerita-cerita umat terdahulu boleh melatih kesabaran dan keyakinan mereka terhadap akidah Islam dan akhirnya sanggup mempertahankannya walaupun dengan nyawa mereka.

  1. Kandungan Al-Quran yang beransur-ansur memberi peluang umat Islam meneliti kandungannya yang penuh hikamat dan ilmu bagi melahirkan ramai cendiakawan Islam beberapa tahun sahaja sesudah itu. Firman Allah s.w.t.;

Maksudnya:

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun Yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan dia. (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk Yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia mengetahuinya. katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui.”

HIKMAT BAGI AGAMA ISLAM

  1. Penurunannya secara beransur-ansur adalah bagi menyesuaikannya dengan peristiwa-peristiwa yang berkenaan dengan agama seperti hokum menuduh perempuan yang baik dengan turunnya ayat yang menghendaki bersumpah dan sebagainya. Di sini umat Islam akan memahami bahawa agama dan persoalan atau urusan kehidupan manusia di dunia adalah tidak terasing dengan urusan akhirat.

  1. Penurunannya secara beransur-ansur adalah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh umat Islam. Semua persoalan dan jawapan tersebut telah melengkapkan Islam sebagai sebuah agama yang lengkap dan sesuai bagi semua zaman dan dalam semua aspek.

  1. Penurunannya secara beransur-ansur itu sebenarnya berfungsi membetulkan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam. Ini sudah tentu boleh menarik perhatian umat Islam yang telah melakukan kesalahan supaya tidak mengulanginya. Hal ini akan menarik perhatian orang bukan Islam bahawa Islam agama yang mudah dan tidak menyeksa umatnya yang telah melakukan kesalahn.

  1. Penurunannya secara beransur-ansur dapat mendedahkan kedurjanaan orang munafiq dan orang kafir. Keadaan ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. dan agama Islam amat mengambil berat kepentingan kebagahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia. Islam juga amat sensitive mendidik umatnya supaya berkelakuan sempurna. Firman Allah s.w.t;

Ï ã

Maksudnya:

“Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian Yang demikian adalah baik bagi orang-orang Yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya, dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan Yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya Dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah Yang kamu berikan Dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka Yang melakukannya itulah orang-orang Yang beroleh pahala berganda-ganda.”

HIKMAT BAGI AL-QURAN

  1. Wahyu yang turun secara beransur-ansur meyakinkan manusia bahawa Al-Quran sebenarnya adalah Kalamullah s.w.t. yang penuh dengan kemukjizatan. Tidak suatu makhluk pun di alam ini yang mampu mendakwa ia bukan dari Allah s.w.t. dan tidak ada yang sanggup untuk menandingi. Sehingga kini tiada sesiapa yang boleh menandinginya.

  1. Al-Quran telah diturunkan secara berperingkat-peringkat dan kemudian beransur-ansur melalui perantaraan Ruhul-Amin Malaikat Jibril kepada lelaki yang bergelar al-Amin meyakinkan bahawa Al-Quran adalah Kitab yang benar dan tidak ada penyelewengan di dalamnya. Buktinya, firman Allah s.w.t.;

Ÿ

Maksudnya:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang banyak di dalamnya.”

posted by ~uLyA FaRhAnA~ @ 1:52 PTG   0 comments
CINTA HAKIKI
Photobucket
SETULUS DOA
Image Hosted by ImageShack.us



Ya Allah

dimana lagikah

dapat kami temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah

hati kami ini harus berlabuh..

kecuali pada kasihMu..

Jadikanlah hati yg lemah ini

Ya Allah

tertambat kukuh hanya padaMU

kami mohon redha

atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku

kenikmatan memandang wajahMu

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu

Ampunilah diri kami yang tidak berharga

Ya Allah

Penuhilah kehinaan ini

dengan keindahan maghfirahMu


:: [ AL-QURAN ONLINE ] ::
MAKLUMAT KUMPULAN


ULYANURALQURAN

Photobucket


PENSYARAH :

LeCt_TQQ

MADAH :

Ulum Al-Quran

KITAB :

Photobucket


KETUA :

Syahrul Haninah


AHLI KUMPULAN :

Ma'azatu Adawieyah Bt Jainudin

Hanisah Bt Abd Halim

Abidah Bt Zakaria

Nasriah Bt Nasruddin


BLOG'S ADMIN :

Hajar Binti Ahmad Bustaman


KULIYYAH :

Semester 6 sesi 2007/2008
Kuliyyah Al-Quran Wal Qiraat
Kolej Universiti Insaniah



Email

MUNAJAT PEJUANG
Free Image Hosting at www.ImageShack.us





..:: MUNAJAT PEJUANG ::..

Doa bagi mereka yang senantiasa difitnah dan diganggu sepanjang perjalanan dakwah dan doa memperoleh kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t.. Selepas doa ini, elok disambung dengan doa rabitah.

..:: TERJEMAHAN MUNAJAT PEJUANG ::.

Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu. Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu. Ya... Allah Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.

Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka. Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.

Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya, sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad. Sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami. Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.

Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan. KepadaMulah tempat kami bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu...

Amiin...



Disediakan Oleh; al-Faqir ilaLlah, Ust. Ibrahim Masran al-Banjari Pengarah Pusat Bina Syakhsiyah (PEMBINA) Merangkap Timb. Pengerusi Lujnah Tarbiyyah & Latihan Kepemimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

.
ARKIB
KENALAN
AkHoWaT


+Cik AmRaTuL HajAR+

+Cik AiN sYaFiNaH+

+Cik sYaHiRaH+

+Cik KaKaK baIyAh+

+Cik iLhAm nABiLa+

+AsYatIbIyAh+

+izatgroup+


IkHwAh


+tahfizqiraat+

+SyAHumaira+

+BaNiN 1+

+BaNiN 2+

+InCiK PaaN+
RENUNGAN BERSAMA

Photobucket

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

HENTIAN MUTIARA
<
.
NASYID
Singig Box   TahfizQiraat

Copy Right ©
SENSITIVITI MUSLIM
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

.
BILANGAN PENGUNJUNG
Free Counter
Free Counter
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Powered By Mahbubi_ulya
© 2005. Hak Cipta Terpelihara. by Ulyanurquran Template by Isnaini Dot Com