Home
Lect_TQQ
aLhUffAz
AlHuFFaZtEaM
alhifzulquran
Selamat Datang...Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...Haiya Lakum LiTa'alim Al-Ulum Alquran..=)
MESTI KLIK

PENSYARAH

+lect_TQQ+


BANIN

+BaNiN tEaM+


+AlHiFzULqUrAn+


+AlhALawATuL ImAN+


BANAT
+HuFfAz tEaM+


+uLyAnuRaLqUrAn+

ISI KANDUNGAN KITAB :



Photobucket



@ DeFinAsI Al-QuRan @


@ PeRbEzAaN aLqUrAn&hAdIth QuDsI & HaDiTh NaBaWi @


@ WaHyu @


@ aYaT mAkki dAn MaDaNi@


@ aYaT-AyAt pErTaMa dAn aYaT-AyAt TeRaKhIR DiTuRuNkAn@


@ pEriNgKaT PeNuRuNaN aLqurAn@



BERKENAAN :



@ RiNgKaSaN uLuM qurAn @


@ ALqUrAn & haDiTH @


@ RuJuKaN LaIn @
KUIN
KALENDAR

PANDUAN AGAMA
Panduan Agama

01. Bacaan Sujud Sahwi
02. Cara Melakukan Sujud Sahwi
03. Permasalahan Mengenai Nasyid dan Hukum
04. 40 Hadith Akhir Zaman
05. Permasalahan Mengenai Nasyid Dan Hukum(Teks)
06. Bagaimana Berwhuduk Tanpa Menanggalkan Kasut(Teks)
MUNAJAT HUFFAZ
Image Hosted by ImageShack.us



Ya ALLAH

Kami tahu bahawa AL-QURAN itu adalah milikMU

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami.....

Dan kami jua tahu ENGKAU berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa yang ENGKAU kehendaki...

ENGKAU bantulah kami dalam menjaga kalam suci-MU...

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya..

Agar kami menjadi penghafaz KALAM suci-MU yang sejati...

... "kita tidak dicela kerana kita tidak sampai kepada tingkatan taqwa yang paling tinggi,..

tetapi kita dicela kerana tidak berusaha sedangkan kita masih berkemampuan.." Ya Allah

tertambat kukuh hanya padaMU

kami mohon redha

atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku

kenikmatan memandang wajahMu

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu

Ampunilah diri kami yang tidak berharga

Ya Allah

Penuhilah kehinaan ini

dengan keindahan maghfirahMu


WAKTU SOLAT
MUNAQASYAH

Free shoutbox @ ShoutMix
LAMAN ULAMA

ISLAMIC WEB

JOM KLIK
iLuvislam.com Top Blog
Ukhwah.com :: Top Blog
GOOGLE
Search :
YAHOO SEARCH
Search :
CARIAN ISLAMIK
Search :
PILIHAN ANDA

TV3 TV9 dekat dihati NTV7 GB | Grand Briliance Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:. ::Parti DAP::.: BARISAN:. ::Parti GERAKAN::UMNO Malaysia
AYAT MAKKI DAN MADANI
Selasa, 10 Februari 2009


PENDAHULUAN

Apabila diteliti dan dikaji ayat-ayat yang diturunkan dan ayat-ayat Quran ia mengandungi kreateria tertentu yang mana ia kadang kala disesuaikan dengan metod dakwah yang dibawa. Justeru itu, ayat al-Quran yang diturnkan itu terlibat dengan Makki dan Maddani. Namun begitu,terdapat juga dalam ayat-ayat tertentu yang bercampur di antara Makki dengan Maddani atau ayat yang diturunkan diluar daripada Mekah dan Madinah.

Pengetahuan dan kajian tentang ayat Makki dan Madani itu amat penting untuk mengesan metod dakwah serta peringkat dakwah Rasullullah, sama ada untuk masyarakat Arab Mekah atau Madinah atau masyarakat setempat atau orang kafir Musyrik atau Ahli Kitab dan Mukmin seluruhnya. Konteks lain juga, penelitian tentang Makki dan Madani dapat memberi pengetahuan kepada kita bahawa dakwah yang disampaikan oleh Rasullulah melalui peneurunan ayat al-Quran adalah begitu teliti. Kajian itu meliputi mengenai tempat turunnya ayat dan waktunya. Keadaan tersebut dapat difahami melalui kata-kata Ibnu Mas’ud :

والله الذي لا اله غيره ، ما نزل تسورة من كتاب الله الأ وأنا اعلم اين نزلت ؟ ولا نزلت اية من كتاب الله لا وأنا اعلم فيهم نزلت؟ ولو اعلم ان احد اعلم منى بكتابه الله تبلغه الابل لركبت اليه.

Terjemahannya : Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia. Setiap surah yang diturunkan daripada al-Quran, aku mengetahui dimana surah itu diturunkan. Dan tiada satupun daripada ayat dalam Kitab Allah, melainkan aku pasti mengetahui tentang ayat yang diturunkan itu. Sekiranya aku mengetahui terdapat seseorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang Kitab Allah, dan seandainya aku masih dapat sampai kepadanya dengan untaku, nescaya aku pasti akan menunggangnya ke sana.

Oleh sebab itu, apabila seseorang itu mengkaji dan meneliti ayat-ayat al-Quran , pasti ia akan dapati kreteria ayat-ayat Makkah dan Madani adalah berbeza, sama ada dari sudut gaya bahasanya, irama juga maknanya. Contohnya, ayat yang diturunkan di Mekkah sewaktu masyarakat Arab Jahiliyyyah masih bergelumang dengan amalan penyembahan berhala serta untuk pembentukkan akidah mereka. Untuk itu, ayat yang diturunkan di Mekah dengan gaya bahasa yang tegas dan keras untuk membantah kepercayaan mereka terhadap berhala. Seterusnya al-Quran menarik mereka kepada tauhid dan megEsakan Allah dengan membawa ancaman neraka serta peringatan terhadap segala pendustaan. Antara lain juga, kerana masyarakat Arab Mekah waktu itu memiliki kefasihan dan bahasa Arab yang tinggi.seperti untuk menurunkan untuk mencela dan membantah masyarakat Arab Jahiliyah yang mengingkari kehidupan sesudah mati dan hari Akhirat. Sebagaimana firman Allah :



Terjemahan : "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, Adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?

Surah al-saffat ayat 16

Apabila diteliti ayat Madani pula ia membawa kreteria lain, contohnya ayat Madani diturunkan umumnya dalam bentuk yang panjang, membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hokum-hakam, seruan berjihad, bentuk dialog dengan Ahli Kitab, keadaan orang Munafik, pembentukan masyarakat, hubungan antara individu dan masyarakat seluruhnya. Hal tersebut kerana, pada masa itu masyarakat ummat Islam telah terbentuk dalam bentu Jama’ah, sudah beriman dengan segala rukun Iman serta akidah mereka telahpun teruji di dalam menentang golongan Musyrik, sanggup berkorban apa saja demi Agama Allah dan berhijrah.

Sebagai rumusannya, kajian dan penelitian ulama’ berkaitan dengan ayat Makki dan madani dengan mengikuti keadaan berikut, iaitu :

a. Berkaitan dengan urutan turunnya ayat di Mekah dan di Madinah.

b. turunnya ayat di Mekah, namun hukumnya adalah Madani atau sebaliknya.

c. Ayat yang diturunkan di Mekah berkaitan dengan penduduk madinah atau sebaliknya.

d. Ayat Makki, namun di dalamnya ada ayat Madani atau sebaliknya.

e. Ayat yang diturunkan di luar Mekah dan di luar Madinah, seperti Juhfah, Baitul Maqdis,

Tai’f dan Hudaibah.

f. Ayat yang diturunkan pada waktu malam dan siang.

g. Ayat yang diturunkan musim panas, sejuk, di rumah dan ketika bermusafir.

h. Ayat Madani dan surah Makki serta ayat Makki dalam surah Madani.

i. Ayat yang dibawa daripada Mekah ke Madinah dan ayat dibawa dari Madinah ke Mekah.

PENGERTIAN MAKKI DAN MADANI

Secara umumnya, Makki dan Madani ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekkah dan di Madinah serta sekitarnya. Secara lebih khusus, ulama’ berbeza pendapat dalam membuat penentuan dan pengertian antara ayat-ayat Makki dengan Madini. Oleh itu ulama’ telah membahagikannya kepada tiga bahagian :

1. Pembahagian dari sudut masa.

2. Pembahagian dari sudut tempat.

3. Pembahagian dari sudut tumpuan penurunan.

PEMBAHAGIAN DARI SUDUT MASA

Ulama’ golongan ini mengatakan surah dan ayat yang diturunkan sebelum Hijrah dinamakan ayat Makki, manakala surah serta ayat yang diturunkan selepas Hijrah pula dinamakan ayat Madani.

Mengikut pendapat di atas, penumpuan kepada masa meliputi ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah, asalkan berlaku sebelum Hijrah tetap dinamakan ayat-ayat Makki. Manakala ayat yang diturunkan selepas Hijrah, tanpa mengira tempat, baik di Mekah, Madinah atau di mana sahaja dikira ayat Madani.

Pendapat golongan ini merupakan pendapat yang mashur dan juga pendapat yang diiktiraf oleh jumhur ulama’, kerana ia dikira meneluruh dan tepat dengan merangkumi ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi. Antara lain juga, pembahagian itu dibuat secara umum dengan tidak ada sebarang pencanggahan. Untuk itu, pendapat golongan pertama ini membuat pembahagian Makki dan Madani berasaskan kepada masa atau tempoh penurunan sesuatu ayat. Pendapat tersebut telah disokong oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya yang bernama : Tarikh al-Tasyri’ dengan menyatakan : Penurunan al-Quran dibahagikan kepada dua masa, iaitu :

a. Masa sebelum Hijrah selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari. Bermula 17hb. Ramadhan, 41 tahun usia Nabi hingga awal Rabiul Awal 54tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan di dalam jarak masa tersebut adalah Makki, yang meliputi hamper 19 Juz daripada al-Quran.

b. Masa selepas hijrah, selama 9 tahun,9 bulan dan 9 hari. Bermula awal bulan Rabiul Awal 54 tahun usia Nabi hingga 9 Zulhijjah 63 tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan dalam jarak masa tersebut dinamakan Madani, yang meliputi 11 juz daripada al-Quran.

Bertolak dari situ, mengikut pendapat ulama’ golongan pertama ini, ayat 3 di dalam Surah al-Ma’idah dikira Madani, walaupun ia turun di Padang ‘Arafah pada tahun Hijjatul Wada’. Selepas Hijrah, iaiti firman Allah S.W.T :

Terjemahannya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al-Madidah ayat 3

Dalam konteks lain juga, semua ayat yang diturunkan selepas Hijrah ketika nabi bermusafir dan ayat-ayat diturunkan di Bandar, seperti ayat permulaan dalam Surah Al-Anfal adalah Madani. Justeru itilah menyebabkan pendapat golongan pertama ini adalah sebagai pembahagian yang komprehensif dengan memasukkan kesemua ayat al-Quran kedalam pembahagian Makki dan Madani.

PEMBAHAGIAN DARI SUDUT TEMPAT

Pendapat ulama’ golongan kedua mengatakan surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dikatakan ayat Makki dan ayat yang diturunkan di Madinah, adalah ayat Madani.

Pendapat golongan kedua ini adalah dinilai dari sudut tempat turunnya ayat. Semua ayat dan surah yang diturunkan di Mekah dan daerah sekitarnya seperti : Arafah, Hudaibiyah, dan Mina dinamakan ayat Makki, walaupun ia diturunkan selepas Hijrah. Manakala semua ayat serta surah yang diturunkan di Madinah dan daerah sekitarnya seperti : Bandar, Quba, dan Uhud adalah ayat Madani, biarpun ia diturunkan selepas Hijrah.

Pendapat golongan kedua ini dikira tidak tepat, kerana ia tidak Jami’ Mani’, iaitu tidak meliputi dan tidak menyeluruh, kerana ada juga ayat yang tidak diturunkan di Madinah, contohnya : Ada ayat yang diturunkan sewaktu Nabi bermusaffir, ketika Nabi berada di Tabuk dan sebagainya. Dalam konteks lain juga, pendapat kedua ini adalah berdasarkan tempat dan mengambil kira tempat ayat itu diturunkan.

Oleh sebab itu pendapat kedua ini disangkal, kerana tidak merangkumi semua ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi, iaitu seperti ayat yang tidak diturunkan di Mekah dan tidak di Madinah serta tidak di kawasan sekitar keduanya. Contohnya ialah :

1. Firman Allah di dalam Surah al-Taubah :

Terjemahannya : Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Surah al-Taubah ayat 42

Dimana ayat tersebut diturunkan di Tabuk.

Justeru itu berdasarkan bukti tersebut menunjukkan pendapat kedua tersebut adalah tidak tepat, dimana berdasarkan pengertian dan pembahagian yang mereka berikan itu menyebabkan ada ayat-ayat yang tidak termasuk di dalam mana-mana bahagian.

PEMBAHGIAN DARI SUDUT TUMPUAN PENURUNAN

Pendapat ulama’ golongan ketiga pula mengatakan ayat serta surah yang diturunkan dengan tujuan atau tumpuan atau Khitab kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makki, manakala ayat dan surah yang ditunjukkan atau Khitab kepada penduduk Madinah pula dikatakan ayat Madani.

Dalam erti kata lain, pendapat golongan ketiga ini dinilai dari sudut tumpuan penurunan dan tujuan arahnya. Ayat Khitabnya ditunjukkan kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makki dan ayat yang Khitabnya ditujukan kepda penduduk Madinah dinamakan ayat Madani. Menurut pendapat ketiga, ayat Makki biasanya menngunakan lafaz ياأيها الناس wahai sekalian manusia dan ayat Madani pula dimulakan dengan ياأيها الذين امنوا wahai orang yang beriman.

CIRI-CIRI PENGENALAN AYAT MAKKI DAN MADANI

Sebenarnya kita tidak dapat mengenali ayat-ayat Makki dan Madani atau tidak ada cara lain untuk mengetahui Makki dan Madani. Kecualilah dengan penjelasan yang dibuat oleh para Sahabat dan Tabi’in. Hal tersebut kerana Naabi tidak pernah menjelaskan dan tidak menyatakan mengenai persoalan itu semasa hayat Baginda.

Antara faktor yang ketara isalah kerana umat Islam pada masa hayat Nabi tidak perlu kepada penjelasan dan pembahagian Makki, Madani, tempat, masa dan sebab wahyu diturunkan oleh Allah. Di mana para sahabat menyaksikan sendiri wahyu diturunkan kepada Baginda.

Biarpun ilimu yang berkaitan dengan Makki dan Madani diketahui menerusi penjelasan para sahabat dan tabi’in, namun begitu pada umumnya, ulama’ telah menetapkan terdapat ciri-ciri tertentu untuk mengetahui atau mengenali ayat Makki dan ayat Madani. Ciri tersebut dapat dibahagikan dua, iaitu :

1. Ciri-Ciri Khusus Ayat Makki

2. Ciri-Ciri Khusus ayat Madani

CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MAKKI

CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MADANI

1. Bersifat Qati’

Dapat dibahagikan kepada 6 bentuk :

1. Setiap surah yang terdapat dalam ayat Sajdah merupakan surah Makki. Ulama’ sepakat menetapkan sebanyak 16 tempat ayat Sajdah di dalam Quran.

2. Setiap surah dalam al-Quran yang menceritakan tentang kisah atau sejarah para nabi dan rasul terdahulu serta kisah umat terdahulu adalah Makki, kecuali Surah al-Baqarah sahaja.

3. Setiap surah yang terdapat di dalamnya lafaz Kalla adalah Makki. Di dalam al-Quran, lafaz itu disebut sebanyak 33 kali di dalam 15 surah, di mana surah-surah itu terletak di dalam bahagian separuh terakhir daripada al-Quran.

4.Setiap surah yang terdapat dalamnya kisah Nabi Adam dan Iblis adalah Makki, kecuali Surah al-Baqarah.

5. Setiap surah yang terdapat di dalamnya ayat yang menyatakan dan menggunakan ungkapan atau lafaz wahai sekalian manusia ياأيها الناس

Kecuali ayat 77 di dalam Surah al-Hajj adalah ayat Makki dan ayat tersebut juga termasuk dalam ayat Sajdah.

6. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf-hurufsingkatan atau huruf al-Tahajji adalah Makki. Contohnya: Alif Lam Mim dan Alif Lam Ra

Kecuali di dalam surah al-Baqarah dan Ali-Imran, yang mana kedua-dua surah ini telah disepakati oleh ulama’ sebagai Surah Madani. Namun pon begitu, berkaitan Surah al-Ra’d ulama’ masih berselisih pendapat samaada ia Makki atau Madani.

1. Bersifat Qati’

Antaranya ialah :

1. Ayat yang menerangkan keizinan berperang, berjihad serta peraturan perang dan berkaitan dengan hukum jihad adalah Madani.

2. Menceritakan tentang dialog dengan Ahli Kitab juga mengajak mereka memeluk dan menerima Islam adalah Madani.

3. Surah dan ayat yang menghentam dan menyatakan tentang orang munafik adalah Madani, kecuali surah al-Ankabut. Dimana ulama’ telah sepakat mengatakan Surah al-Ankabut adalah Surah Makki, melainkan 11 ayat pertama surah tersebut sahaja Madani, iaitu ia membicarakan tentang munafik.

4. Setiap surah yang mengandungi dan membicarakan tentang hokum jenayah, hudud, hokum yang berkaitan dengan Fara’id, civil, kemasyarakatan dan Negara adalah Madani.

2. Bersifat Aghlabi

Ciri berasaskan bahasa dan tema seperti berikut:

1.Ayat yang menerangkan tentang aqidah yang benar, mengajak kepada tauhid, beribadat dan menggesa supaya menjauhkan diri daripada syirik terhadap Allah S.W.T. adalah Makki.

2.Menggesa manusia meneliti bukti kejadian, ayat Kauniyah, kekuasaan Allah, pengukuhan aqidah, menyeru kepada beriman kepada Allah S.W.T . Hari Akhirat juga menceritakan keadaan syurga dan neraka adalah Makki.

3. Membicarakan dan mencela perbuatan buruk masyarakat Arab Jahiliyah seperti : suka bunuh-membunuh, menanam atau membunuh anak perempuan hidup-hidup adalah Makki.

4. Ayat dan sukukata yang berbentuk pendek, ringkas dan padat serta nadanya berbentuk keras adalah Makki.

5.Ayat dan surah yang tedapat dalam banyak lafazsumpah adalah Makki.

6. Perletakkan dasar umum dalam perundangan.

7. Menyebut kisah para Nabi dan umat terdahulu sebagai pengajaran dan menyatakan nasib orang yang mendustakan agama. Antara lain ia sebagai hiburan untuk Nabi dan menghadapi rintangan.

8. Setiap atau kebanyakkan Surah al-Muffasal adalah Surah Makki. Surah al-Mufassal ialah surah-surah yang ada dibahagian akhir al-Quran, iaitu yang bermula daripada Surah al-Hujurat hingga akhir.

2. Bersifat Aghlabi

Ciri berasaskan bahasa dan tema seperti berikut:

1. Ayat panjang-panjang dan member penjelasan serta keterangan yang terperinci adalah Madani, kecuali surah an-Nasr, al-Zalzalah, dan al-Baiyyinah.

2. Ayat dan surah yang menerangkan dengan terperinci bukti-bukti yang menunjukkan hakikat tentang keagamaan adalah Madani.

3. Menjelaskan tentang ibadat,muamalat, kekeluargaan, social, jihad dan hubungan antarabangsa.

4. Ayat yang dimulakan dengan ياأيها الذين امنوا Wahai orang yang beriman , kecuali surah al-Hajj.

FAEDAH MEMPELAJARI MAKKI DAN MADANI

Mempelajari dan mengetahui ilmu mengenai Makki dan Madani dapat memberI faedah yang besar, antaranya :

1. Dapat mengetahui dan membezakan antara ayat nasikh dan mansukh.

2. Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam serta perkembangan al-Quran itu sendiri.

3. Dapat menambah keyakinan serta mengukuh pegangan kita tentang keaslian aal-Quran dan kesuciannya.

4.Untuk mengetahui dan menghargai bertapa gigih dan tekunnya ulama’ dan mujtahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok tambah.

5. Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.

posted by ~uLyA FaRhAnA~ @ 12:37 PG  
2 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
CINTA HAKIKI
Photobucket
SETULUS DOA
Image Hosted by ImageShack.us



Ya Allah

dimana lagikah

dapat kami temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah

hati kami ini harus berlabuh..

kecuali pada kasihMu..

Jadikanlah hati yg lemah ini

Ya Allah

tertambat kukuh hanya padaMU

kami mohon redha

atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku

kenikmatan memandang wajahMu

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu

Ampunilah diri kami yang tidak berharga

Ya Allah

Penuhilah kehinaan ini

dengan keindahan maghfirahMu


:: [ AL-QURAN ONLINE ] ::
MAKLUMAT KUMPULAN


ULYANURALQURAN

Photobucket


PENSYARAH :

LeCt_TQQ

MADAH :

Ulum Al-Quran

KITAB :

Photobucket


KETUA :

Syahrul Haninah


AHLI KUMPULAN :

Ma'azatu Adawieyah Bt Jainudin

Hanisah Bt Abd Halim

Abidah Bt Zakaria

Nasriah Bt Nasruddin


BLOG'S ADMIN :

Hajar Binti Ahmad Bustaman


KULIYYAH :

Semester 6 sesi 2007/2008
Kuliyyah Al-Quran Wal Qiraat
Kolej Universiti Insaniah



Email

MUNAJAT PEJUANG
Free Image Hosting at www.ImageShack.us





..:: MUNAJAT PEJUANG ::..

Doa bagi mereka yang senantiasa difitnah dan diganggu sepanjang perjalanan dakwah dan doa memperoleh kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t.. Selepas doa ini, elok disambung dengan doa rabitah.

..:: TERJEMAHAN MUNAJAT PEJUANG ::.

Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu. Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu. Ya... Allah Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.

Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka. Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.

Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya, sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad. Sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami. Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.

Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan. KepadaMulah tempat kami bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu...

Amiin...



Disediakan Oleh; al-Faqir ilaLlah, Ust. Ibrahim Masran al-Banjari Pengarah Pusat Bina Syakhsiyah (PEMBINA) Merangkap Timb. Pengerusi Lujnah Tarbiyyah & Latihan Kepemimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

.
ARKIB
KENALAN
AkHoWaT


+Cik AmRaTuL HajAR+

+Cik AiN sYaFiNaH+

+Cik sYaHiRaH+

+Cik KaKaK baIyAh+

+Cik iLhAm nABiLa+

+AsYatIbIyAh+

+izatgroup+


IkHwAh


+tahfizqiraat+

+SyAHumaira+

+BaNiN 1+

+BaNiN 2+

+InCiK PaaN+
RENUNGAN BERSAMA

Photobucket

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

HENTIAN MUTIARA
<
.
NASYID
Singig Box   TahfizQiraat

Copy Right ©
SENSITIVITI MUSLIM
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

.
BILANGAN PENGUNJUNG
Free Counter
Free Counter
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Powered By Mahbubi_ulya
© 2005. Hak Cipta Terpelihara. by Ulyanurquran Template by Isnaini Dot Com