PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai peringkat penurunan Al-Quran. Ada yang berpendapat bahawa Al-Quran diturunkan dalam dua peringkat dan ada yang berpendapat dengan tiga peringkat. Namun di sini bahawa Al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu: Peringkat Pertama: Penurunan Al-Quran dari Allah s.w.t. ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah s.w.t. untuk semua makhluk-NYA. Ini terbukti dengan firman Allah s.w.t. Maksudnya: “(Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya; (lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.” (Surah al-Buruj: 21-22) Penurunan Al-Quran peringkat pertama ini adalah kemuliaan bagi Al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut merupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah s.w.t. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perancangan yang wujud di alam ini dan Al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah s.w.t. ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus. Peringkat Kedua: Peringkat penurunan ini ialah penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah s.w.t.; ! Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr: 1) Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. dalam ayat yang berikut; ! Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (Surah Ad-Dukhan: 3) Dalam firman Allah s.w.t. yang lain di dalam ayat yang berikut; ãö 4 Maksudnya: “Bulan (Puasa) yang diturunkan di dalamnya Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil.” (Surah al-Baqarah: 185) Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat dilihat dari hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang berikut:
Maknanya: ‘Diturunkan Al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekali gus pada malam Lailatul Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua puluh tahun.’ Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat mengatakan bahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat. antaranya: - Diturunkan Al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam Lailatul Qadar.
- Diturunkan Al-Quran buat kali pertama pada malam Lailatul Qadar dan seterusnya secara berperingkat-peringkat.
- Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s. dalam jangka masa 24 malam.
Peringkat Ketiga: Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama 22, 23, 24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah s.w.t. dalam ayat yang berikut;
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” (Surah al-Isra’: 106) Firman Allah s.w.t. lagi dalam Al-Quran;
t
Maksudnya: “Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. Ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).” (Surah asy-Syu’ara’: 193-194) Begitu juga firman Allah s.w.t. dalam ayat yang berikut; 4 Maksudnya: “Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” (Surah an-Nahl: 89) Turunnya Al-Quran memanglah terbukti menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah masyarakat Jahiliah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi sekalian alam. HIKMAT DITURUNKAN AL-QURAN SECARA PERINGKAT-PERINGKAT Sesungghunya terdapat banyak hikmat mengapa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran secara berperingkat-peringkat: - Peringkat-peringkat tersebut dapat membezakan Kitab Al-Quran dengan Kitab-Kitab Allah s.w.t. yang terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus.
- Peringkat-peringkat tersebut dapat mengagungkan Kitab Al-Quran sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu kedatangannya disebarkan kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.
- Peringkat-peringat tersebut sesungghunya bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk penghuni semua penjuru alam bahawa Al-Quran sebagai Kitab yang terakhir itu adalah dari Allah s.w.t. dan bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. dan sebaginya.
- Penurunan secara demikian sesungghunya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.sebagi penyudah dan Penghulu segala Nabi.
BUKTI AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR Peringkat ketiga iaitu dari Baitul Izzah ke dada Nabi Muhammad s.a.w. adalah secara berperingkat-peringkat. beberapa bukti dapat dinyatakan untuk membuktikan bahawa al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah s.w.t. dalam beberapa surah yang berikut iaitu: - Surah Al-Isra’ ayat 106;
Maksudnya: “Dan AlQuran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” - Surah Al-Furqan ayat 32;
Maksudnya: “Dan orang-orang Yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan Dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu Dengan teratur satu persatu.” Al-Quran hanya selesai beberapa ketika sebelum kewafatan baginda dalam dua masa yang berbeza iaitu sebelum hijrah dan sesudah hijrah. Ini membuktikan bahawa Al-Quran turun secara beransur-ansur hinggalah ke akhir hayat Rasulullah s.a.w. Al-Quran diturunkan beransur-ansur kerana ia diturukan mengikut sesuatu sebab atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan umat Islam. Kebanyakan peristiwa yang berlaku sepanjang penurunan Al-Quran di Makkah dan di Madinah adalah berkaitan dengan penjelasan bagi masalah yang berkaitan dengan ibadat, sosiol, kenegaraan dan sebaginya. Penurunan Al-Quran juga adalah bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh umat Islam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh yang demikian sudah pasinya Al-Quran turun secara beransur-ansur kerana banyak persoalan dikemukakan dalam berbagai masa dan tempat serta dalam berbagai-bagai persoalan. HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR Al-Quran telah diturunkan melalui tiga peringkat seperti yang telah dibincangkan diterangkan. Cara demikian adalah disebabkan beberapa tujuan yang telah juga diterangkan. Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ mengenai tempoh penurunan Al-Quran tersebut. Ada yang mengatakan 20, 23 dan ada juga yang mengatakan 25 tahun. Secara umumnya punca perselisihan adalah dalam menentukan berapa lamakah Nabi Muhammad s.a.w. berada di Makkah selepas menerima wahyu sebelum baginda berhijrah ke Madinah sedangkan tempoh di Madinah jelas dan disepakati oleh ulama’ selama 10 tahun genap. Mengenai tempoh penurunan di Makkah ada ulama’ yang mengatakan selama 10 tahun, ada yang mengatakan 13 tahun dan ada yang mengatakan 15 tahun. Ulama’ Muhaqqiqin telah menyatakan bahawa lama baginda berada di Makkah ialah selama 12 tahun 5 bulan 3 hari iaitu dari 17 Ramadhan (41 tahun hingga awal bulan Rabiul Awal 54 tahun selepas diputerakan). Sementara itu lama baginda berada di Madinah selepas hijrah ialah 9 tahun 9 bulan 9 hari iaitu dari awal bulan Rabiul Awal tahun 54 hinggalah 9 Dzulhijjah 63 tahun selepas keputeraan baginda. Peringkat penurunan ketiga dari Baitul Izzah ke dalam dada Nabi Muhammad s.a.w. adalah secara beransur-ansur kerana beberapa hikmat yang besar kepada Nabi Muhammad s.a.w., kepada umat Islam dan juga kepada agama Islam itu sendiri. HIKMAT KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. Iaitu untuk menetapkan kejiwaan Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hati baginda dalam berbagai-bagai cabaran serta dugaan sepanjang tugas seruannya itu. Dalam hikmat ini dapatlah dilihat dan dibuktikan dengan kenyataan-kenyataan dan keadaan-keadaan seperti:- - Kejiwaan hati baginda semakin kuat dan kukuh sebaik sahaja Malaikat Jibril menemuinya. Setiap kali datangnya Jibril baginda akan merasa pasti dating sesuatu yang baru yang membantu menyelesaikan masalah seruannya.
- Penurunan secara beransur itu sudah pasti memudahkan baginda untuk menghafaz, memahami setiap wahyu dan menghayati hikmatnya. Ini sudah tentu memudahkan baginda menerangkan kepada umatnya.
- Setiap kali penurunan wahyu maka ia menjadi cabaran kepada orang kafir untuk menandinginya. Kegagalan dan kelemahan mereka sudah pasti menambah keyakinan masyarakat kepada kebenaran kerasulan baginda dan menambahkan lagi pengikutnya.
- Kegagalan orang kafir membuktikan dakwaan mereka bahawa baginda sebagai tukang sihir, penyair dan sebagainya membawa kepada keseronokan dan perangsang yang semakin tinggi di jiwa baginda untuk meneruskan tugasnya.
- Penurunan yang sedemikian rupa memberi kefahaman di hati baginda bahawa Allah s.w.t. sentiasa mengambil berat kepadanya dengan menunjuk dan menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh baginda setiap masa.
Maksudnya: “Maka Jangan-jangan pula Engkau (Wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.” HIKMAT KEPADA UMAT ISLAM - Umat Arab yang baru menganut agama Islam akan merasa mudah apabila wahyu yang diturunkan itu sedikit-sedikit kerana memberi peluang kepada mereka untuk menghafaz dan memahaminya dengan lebih sempurna
- Penurunan yang beransur-ansur akan melatih umat Arab yang asalnya hidup dalam akhlak yang buruk agar beransur-ansur dapat meninggalkan perangai tersebut dan menggantikannya dengan adab dan akhlak yang baik.
- Wahyu yang beransur-ansur yang disertai dengan hikmat dan sebab-sebab turunnya itu akan menjadi senjata yang kukuh bagi umat Islam. Cerita-cerita umat terdahulu boleh melatih kesabaran dan keyakinan mereka terhadap akidah Islam dan akhirnya sanggup mempertahankannya walaupun dengan nyawa mereka.
- Kandungan Al-Quran yang beransur-ansur memberi peluang umat Islam meneliti kandungannya yang penuh hikamat dan ilmu bagi melahirkan ramai cendiakawan Islam beberapa tahun sahaja sesudah itu. Firman Allah s.w.t.;
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun Yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan dia. (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk Yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia mengetahuinya. katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui.” HIKMAT BAGI AGAMA ISLAM - Penurunannya secara beransur-ansur adalah bagi menyesuaikannya dengan peristiwa-peristiwa yang berkenaan dengan agama seperti hokum menuduh perempuan yang baik dengan turunnya ayat yang menghendaki bersumpah dan sebagainya. Di sini umat Islam akan memahami bahawa agama dan persoalan atau urusan kehidupan manusia di dunia adalah tidak terasing dengan urusan akhirat.
- Penurunannya secara beransur-ansur adalah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh umat Islam. Semua persoalan dan jawapan tersebut telah melengkapkan Islam sebagai sebuah agama yang lengkap dan sesuai bagi semua zaman dan dalam semua aspek.
- Penurunannya secara beransur-ansur itu sebenarnya berfungsi membetulkan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam. Ini sudah tentu boleh menarik perhatian umat Islam yang telah melakukan kesalahan supaya tidak mengulanginya. Hal ini akan menarik perhatian orang bukan Islam bahawa Islam agama yang mudah dan tidak menyeksa umatnya yang telah melakukan kesalahn.
- Penurunannya secara beransur-ansur dapat mendedahkan kedurjanaan orang munafiq dan orang kafir. Keadaan ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. dan agama Islam amat mengambil berat kepentingan kebagahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia. Islam juga amat sensitive mendidik umatnya supaya berkelakuan sempurna. Firman Allah s.w.t;
Ï ã Maksudnya: “Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian Yang demikian adalah baik bagi orang-orang Yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya, dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan Yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya Dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah Yang kamu berikan Dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka Yang melakukannya itulah orang-orang Yang beroleh pahala berganda-ganda.” HIKMAT BAGI AL-QURAN - Wahyu yang turun secara beransur-ansur meyakinkan manusia bahawa Al-Quran sebenarnya adalah Kalamullah s.w.t. yang penuh dengan kemukjizatan. Tidak suatu makhluk pun di alam ini yang mampu mendakwa ia bukan dari Allah s.w.t. dan tidak ada yang sanggup untuk menandingi. Sehingga kini tiada sesiapa yang boleh menandinginya.
- Al-Quran telah diturunkan secara berperingkat-peringkat dan kemudian beransur-ansur melalui perantaraan Ruhul-Amin Malaikat Jibril kepada lelaki yang bergelar al-Amin meyakinkan bahawa Al-Quran adalah Kitab yang benar dan tidak ada penyelewengan di dalamnya. Buktinya, firman Allah s.w.t.;
Maksudnya: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang banyak di dalamnya.” |