Pengertian wahyu Dari segi bahasa : 1. Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan segera. 2. Sesuatu yang ditulis atau al-risalah yang membawa maksud kerasulan. 3. Segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya. 4. Wahyu membawa maksud sesuatu yang ditulis atau al-Maktub. 5. Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada makhluknya baik manusia dan binatang. 6. Segala apa yang disampaikan oleh makhluk sesama mereka. Dari segi istilah : 1. Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada nabi dan rasul-Nya, seperti Al-Qur’an dan hadis. 2. Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Qur’an. Hal itu kerana al-Qur’an merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, tapi tidak semua wahyu itu, berpa Al-Qur’an. Dimana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah. Jenis-jenis wahyu Wahyu dibahagikan kepada lima jenis, iaitu : 1. Wahyu itu termasuklah segala jenis percakapan diantara seorang hamba dengan Tuhannya. Iaitu disebalik hijab. Contohnya : Rasul mendengar kata-kata tersebut tetapi tidak melihat siapa yang menuturkannya, seperti Allah bercakap dengan Nabi Musa. Sebagaimana firman Allah S.W.T : Yang bermaksud : “ Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).” 2. Wahyu itu juga merupakan melalui ilham atau dalam bentuk ilham. Iaitu Allah mencampakkan ke dalam hati Rasul-Nya dalam bentuk ilmu dan pengetahuan yang benar. 3. Wahyu juga dalam bentuk mimpi yang benar. Sebagai contohnya Nabi Ibrahim bermimpi akan menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana apa yang termaktub di dalam Al-Qur’an melalui firman Allah S.W.T: Yang bermaksud : “Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu” 4. Wahyu datang dengan perantaraan Jibrail. Sebagaimana Firman Allah S.W.T :
Yang bermaksud : “Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. 194.Ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).195(ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata.” 5. Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad diatas langit ketujuh pada malam isra’ dan mikraj. Iaitu tentang solat lima waktu. Martabat wahyu jenis ini tidak dapat diketahui caranya, hanya Allah yang mengetahui-Nya. Namun ia adalah benar sebagaimana sabit dalam hadis riwayat bukhari dan muslim. Cara penurunan wahyu Apa yang dimaksudkan dengan cara penurunan wahyu disini sebenarnya ialah penurunan al-Qur’an. Untuk itu cara penurunan al-Qur’an kepada nabi dalam dua cara : 1. Penurunan wahyu dengan erti Al-Ihaa’. Iaitu memberi wahyu. - Wahyu mengikut konsep ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Sebagaimana yang terkandung di dalam firman Allah S.W.T : Yang bermaksud : “ Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia Bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali Dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau Dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya Dengan izin Allah akan apa Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha tinggi keadaannya, lagi Maha Bijaksana.” a) Perkhabaran atau wahyu yang diturunkan daripada Allah melalui ilham tanpa sebarang perantaraan. Wahyu jenis ini juga termasuk mimpi-mimpi para nabi dan rasul yang benar. Contohnya Nabi Ibarahim bermimpi menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana firman Allah : Yang bermaksud : “Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu;” b) Nabi dan rasul mendengar kalam Allah atau Allah berbicara dengan mereka di sebalik hijab atau takbir. Contohnya, kisah Nabi Musa yang menerima perlantikan dan perutusan kerasulannya. Sebagaimana firman Allah : Yang bermaksud : “ Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! 12. "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! maka bukalah kasutmu, kerana Engkau sekarang berada di Wadi Tuwa Yang suci.” Bahagian ini juga termasuk wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad pada malam isra’ mikraj supaya menunaikan solat lima waktu secara langsung tanpa sebarang perantaraan. c) Penerimaan wahyu melalui perantaraan malaikat jibail. Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua bentuk : i. Pertama : Nabi dapat melihat malaikat jibarail dalam rupa betuknya yang asli. Contohnya : ketika Nabi keluar daripada rumahnya selepas kerinduan lama terputus wahyu, selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’. Apabila melihat malaikat Jibaril yang begitu besar Nabi ketakutan dan pulang semula kerumahnya dan berselimut. Dengan itu turunlah ayat Surah Al-Muddathir. Sebagai firman Allah : Yang bermaksud : “ Wahai orang Yang berselimut! 2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 3. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Kedua : malaikat jibarail menemui nabi dengan menyamar atau menyerupai bentuk manusia biasa. Contohnya : sewaktu nabi bersama sahabat dalam satu majlis kemudian malaikat Jibrail datang dengan berpakaian serba putih dan bertanya Nabi dengan cara menyoal tentang iman, islam dan ihsan. ii. Nabi tidak dapat melihat malaikat jibarail menerima wahyu, tetapi baginda hanya mendengar dan dapat mengetahui kedatangan malaikat Jibrail melalui suara seperti suara lebah atau bunyi loceng. Wahyu yang diterima dalam bentuk ini merupakan yang paling berat bagi Nabi sehinga kekadang baginda mengeluarkan peluh yang banyak, walaupun keadaan cuaca yang sejuk. 2. Penurunan wahyu dengan erti al-muuha bih Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu : a. Al-Qur’an b. Hadis Walaupun pada dasarnya hadis adalah ucapan nabi, namun ia sebenarnya adalah wahyu daripada Allah. Maknanya daripada allah Cuma dituturkan oleh Nabi melalui susunan bahasa baginda sendiri. Sebagaimana firman Allah S.W.T: Yang bermksud : “ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. 4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.” |
boleh beri surah ape yg berkenaan dgn mimpi nabi ibrahim untuk menyembelih anaknya...3 ayat itu dari surah ape dan ayat keberapa.